Sejarah Ikhwan Muslimin

Gerakan Islam Ikhwan Muslimin adalah suatu bahagian dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia telah dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

Sheikh Hassan Al-Banna dan pengikutnya pada asalnya telah bersatu-padu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir, dan membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai "kerosakan" akibat dari pengaruh-pengaruh Barat.

Dalam tahun-tahun awal penubuhan, kumpulan Ikhwan hanya menumpukan kepada isu-isu keagaamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi penyertaan keahlian semakin meningkat, ia beralih kedalam sfera politik, dan mengajurkan protes kepada kerajaan Mesir.

Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwan telah dipersalahkan kerana rentetan dari perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmud Fahmi al-Nuqrashi dalam tahun 1948 -- sejurus selepas dia telah mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwan Muslimin.

Al-Banna sendiri telah dibunuh tidak beberapa lama kemudian -- penyokongnya mengatakan bahawa pembunuhan keatas beliau telah diarahkan oleh kerajaan.

Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap-senyap (bawah tanah) pada era 1950, dan dekad-dekat dimana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan, mengakibatkan ramai ahli Ikhwan Muslimin telah berpindah ke negara lain dan ada diantara mereka yang dipenjarakan.

Ikwanul Muslimin telah kembali berkembang pada tahun 1980 seiring dengan perkembangan umum dalam minatnya mendalami agama Islam, serangan tentera Amerika Syarikat keatas Iraq pada tahun 2003 telah merancakkan peningkatan keahlian yang mendadak.